Kelas Asas Ict Ms. Word
9 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2019, seramai 4 orang peserta telah menyertai Kelas Asas ICT yang diadakan bertemoat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.
Seperti biasa, sebelum kelas bermula peserta akan sentiasa diberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak seperti Buli Siber dan Tidak Pasti Jangan Kongsi. Ini bagi mengelakkan mereka tidak mudah terpedaya dengan info yang tidak sahih di media sosial.
Kali ini, peserta di ajar memasukkan table dan menggunakan align left, align center, dan align right. Mereka diterangkan bahawa penggunaan jadual adalah untuk membuat senarai sesuatu perkara bagi memudahkan dan kelihatan kemas. Keseluruhannya, peserta yang baharu sahaja menyertai Kelas Asas ICT kini sudah menunjukkan prestasi yang baik dan faham menggunakan aplikasi Ms. Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: